Thursday, September 10, 2009

sayur.

chemistry mencabar harini. rasa menyesal study last minit. basah tangan aku lap peluh kat dahi tadi. rasa tak puas hati dengan cikgu2 yang jaga periksa, masuk dewan setakat nak bergosip sambil mengganggu konsentrasi aku. tu aku boleh terima lagi, yela, takkan dorang nak masuk pastu diam tak bertegur sapa kan? tapi yang paling tak puas hati, cikgu tak round round untuk provide kertas. another thing, aku benci tempat duduk aku. dah la panas, DEHE plak tak reti dok diam kaki dia, bergegar gegar kerusi aku. pastu sibok tolak meja die ke depan, menyempitkan tempat aku. DEHE, nasib baik ko ALIYAH punya, klau tak rasenye dah gado besar.

balik tadi tido tak ingat dunia. time berbuka bari bangun. siot. agama esok dah la tak baca satu huruf pon lagi. double siot. and sekarang ni, ade keinginan yang melampau - lampau nak tengok korea. dah tengah buffer video dah pon. siotsiotsiot. esok kalau kat sekolah korang nampak ade kelibat orang cam tinggi sikit, muka cam tak tido setahun, mata panda, pastu kelakuan macam tak berada di bumi nyata, jangan sebok nak baling batu pulak.



congrats shakireen, dah dapat P. takyah la amik tahu perkembangan aku, aku BAPAK PEMALAS :P tah2 abang yang ajar kereta tu dah give up kot nak ajar aku. tengok la bila aku nak gi training lagi. nampak gaya tak dapat la P tahun ni.



dah masuk 10 malam terakhirr. tapi aku tak rasa islamic sangat. beribadat pon kurang. nak gi terawih kat surau ade orang tak bagi, suro teman die kat rumah. bila dah kat rumah, mula la goyang kaki. tapi ni bukan bende baru, dah berlarutan sejak dari darjah 6. rasenya aku sorang je kot yang tak pernah terawih kat surau/masjid. macam rushda cakap, aku memang teruk. pacik alias pon dah pandai kutuk aku, kate tak hargai bulan ramadhan. angguk jela, melawan karang kurang pahala. dah la pahala pon tak berapa banyak.

titibe rase diri sangat useless.



fakta tambahan : aku rase macam dah lama tak guna tissue. yeah, aku save pokok!


bajet nature's lover.